28/12/2010
Hari ini adalah majlis makan malam tahunan Pasaraya Tempat Amir bekerja.Ramai diantara rakan-rakannya yang sudah membuat persiapan untuk menghadiri Majlis Tahunan itu.Begitu juga Amir.Didalam Otaknya,telah terpalit satu Idea untuk mengejutkan Nurul Fatiha.
8:30 Malam,Majlis Makan Malam Tahunan pun Bermula.Pelbagai ragam serta gelagat kawan-kawannya kelihatan di Majlis itu.Kebanyakan mereka menepati Tema Majlis iaitu Bertopeng .Ada yang memakai Topeng Hantu,Darth Vader, serta Pelbagai lagi Topeng.Namun ramai juga yang tidak mengenakan Topeng.
Amir sampai lewat di Majlis Itu.Ada tujuannya dia sengaja datang Lambat di Majlis itu.Amir memakai Topeng Chipmunk yang menutupi seluruh mukanya.Yang kelihatan hanya Matanya sahaja.Tiada seorang yang mengetahui Yang Amir memakai Topeng Chipmunk.Pendek Kata tiada siapa pun yang mengenali Amir,Kecuali seseorang,Rakan yang akan membantu menjayakan rancangannya Malam itu.....
"Fatiha,Jom kita ambil Angin diluar,Aku Peninglah,Tanya Noralita,kawan baik Nurul Fatiha.
"Ita pening eh,ok,"balas Nurul Fatiha sambil mengikuti sahabatnya keluar dari Dewan Makan..
Diluar,tidak ramai orang disana.Kebanyakannya berada didalam melihat persembahan dari Rakan-rakan sekerja.Noralita sengaja membawa Nurul Fatiha ke satu sudut yang terpencil,yang jauh dari kesemua Orang.Kemudian,Noralita sengaja memberi alasan yang Handphone tertinggal didalam dan meminta Nurul Fatiha menungu disitu sebentar.
Malam itu Bulan Purnama.Langit sungguh indah bermandikan cahaya Bulan.Segalanya Terang Benderang,seakan Siang.Tiba-tiba ,Nurul Fatiha merasa ada seseorang berada disisinya.Ditolehnya,Dilihatnya Seseorang yang memakai Topeng Chipmunk berada tepinya.Nurul Fatiha merasa terkejut,Disangkakan yang Lelaki itu berniat Buruk.
Amir mengerti dari Raut wajah Nurul Fatiha yang Nurul merasa bimbang.Amir pun memulakan bicara......
Assalamualaikum,Fatiha,Tanya Amir..
Perasaan Bimbang Nurul mula pudar.Didalam Hatinya,Tidak pernah dia mendengar Suara itu,Siapakah DIA,Bagaimanakah Dia mengetahui Namaku?Pelbagai Pertanyaan berlegar didalam Kotak Fikirannya.Namun Nurul Fatiha sedar yang ia harus membalas Salam itu.
Wa"alaikum salam,Siapa Awak,Jawab Nurul Fatiha.
Amir tersenyum.Dia tidak menjawab Soalan Nurul Fatiha.Dilepaskan Nafas yang Panjang.....
Nama saya,Tidak Penting Nurul.Sudah lama saya ingin meluahkan isi hati ini kepada awak,Namun saya tiada kekuatan untuk memberitahu awak.Semakin lama,semakin Derita,sehingga tidak tertanggung lagi.Jadi saya mengambil Keputusan untuk mengambil Risiko ini.Jawab Amir.
Beritahu saya Apa,Risiko?tanya Nurul Fatiha kembali.
Amir tidak menjawab.Dia berpaling sambil berhadapan dengan Nurul Fatiha.Kemudian sesuatu terjadi...Amir membuat Bahasa Isyarat yang bermaksud I LOVE U.
Nurul kebingungan.Dia tidak mengerti apa maksud bahasa Isyarat yang ditunjukkan Amir.Namun apabila Amir merenung matanya,Dia terasa seperti satu perasaan yang amat menyenangkan membanjiri dirinya.Kemudian Amir berlalu pergi....
Difikiran Nurul Fatiha,pelbagai pertanyaan menyerang dirinya,Siapakah Lelaki itu,Apakah Maksud bahasa Isyarat yang ditunjukkannya.Mengapakah dirinya terasa amat senang apabila bertentang mata dengan Lelaki itu............
Novel Cinta Online
Thursday, March 17, 2011
kesetiaan itu satu mainan-bahagian keempat
Hari ini Langit Gelap seperti Malam.Guruh sambung menyambung.Rintik-rintik Hujan mula menyimbah bumi.Didalam Pasaraya,Amir sedang sedang bersiap untuk berehat.Dia pun memberitahu pengurus untuk meminta keizinan berehat.Setelah mendapat keizinan,Amir pun turun ke tingkat bawah untuk Punch kad.
Agak ramai orang ditempat Punch Kad.Mungkin kerana waktu itu sudah pukul 5 petang,jadi ada diantaranya yang sudah tamat syif mereka dan ada juga berehat.Sementara menunggu security bertugas melerekkan Punch kadnya,Amir berdiri menunggu disatu Sudut.Tiba-tiba Amir terpandang Papan kenyataan Pasaraya.Didalam terdapat satu Pengumuman.
"Pasaraya akan mengadakan majlis makan Malam Tahunan pada 28hb 12 Ini.Pelbagai aktiviti menarik menanti diantaranya Cabutan bertuah,Pertandingan Nyanyian dan pelbagai Lagi.Temanya ialah Masquerade iaitu Bertopeng di sebuah Hotel Terkemuka."
Amir Tersenyum Lebar.Didalam hatinya tahu,bahawa itulah Peluang untuknya meluahkan Isi Hatinya kepada Nurul Fatiha.Amir nekad,Tidak tertanggung perasaan yang bergelora di Dalam Hatinya.Seakan Gunung Berapi yang membara,Menunggu Masa untuk meletus......
Agak ramai orang ditempat Punch Kad.Mungkin kerana waktu itu sudah pukul 5 petang,jadi ada diantaranya yang sudah tamat syif mereka dan ada juga berehat.Sementara menunggu security bertugas melerekkan Punch kadnya,Amir berdiri menunggu disatu Sudut.Tiba-tiba Amir terpandang Papan kenyataan Pasaraya.Didalam terdapat satu Pengumuman.
"Pasaraya akan mengadakan majlis makan Malam Tahunan pada 28hb 12 Ini.Pelbagai aktiviti menarik menanti diantaranya Cabutan bertuah,Pertandingan Nyanyian dan pelbagai Lagi.Temanya ialah Masquerade iaitu Bertopeng di sebuah Hotel Terkemuka."
Amir Tersenyum Lebar.Didalam hatinya tahu,bahawa itulah Peluang untuknya meluahkan Isi Hatinya kepada Nurul Fatiha.Amir nekad,Tidak tertanggung perasaan yang bergelora di Dalam Hatinya.Seakan Gunung Berapi yang membara,Menunggu Masa untuk meletus......
Monday, January 10, 2011
kesetiaan itu satu mainan-bahagian ketiga
![]() |
| I LOVE U,U LOVE ME? |
Malam telah larut.Suasana sunyi Sepi.Amir masih belum tidur lagi.Fikirannya tidak tenang.Didalam hatinya muncul satu perasaan yang mendalam terhadap Nurul Fatiha.Namun Amir tidak berani untuk meluahkannya kepada Nurul Fatiha.
Pernah mereka keluar beberapa kali,walaupun ditemani rakan-rakan.Setiap kali keluar,Amir akan mencuri sedikit masa untuk berbual dengan Nurul Fatiha.Pada pengamatannya,Nurul Fatiha seorang Gadis yaang Cantik serta berbudi Bahasa.Nurul Fatiha tidak kisah mengenai Dirinya yang serba kekurangan,malah Nurul Fatiha sanggup belajar Bahasa Isyarat dari Amir.Ini membuatkan Amir Yakin yang Nurul Fatiha adalah Pilihan yang tepat untuk Dirinya.......
Namun,siapalah Amir.Dia sedar mengenai hakikat dirinya yang serba kekurangan itu.Antara dirinya dengan Nurul Fatiha,Ibarat Pipit dengan Enggang.Tidak sepadan dan setaraf.Nurul Fatiha Cantik dan menarik,pasti Ramai jejaka yang lebih tampan dan sempurna ingin menyuntingnya.Begitulah Fikiran Amir...
Tetapi,Nurul Fatiha tidak pernah bercerita mengenai siapakah Kekasihnya.Malah rakan-rakan perempuan Nurul Fatiha juga tidak pasti sekiranya Nurul Fatiha sudah berpunya.Pernah juga Amir bertanya kepada Tuan Empunya badan,Namun Nurul Fatiha hanya tersenyum dan membisu......Umpama teka teki,begitu rumit untuk diselesaikan........Benarlah kata orang Soal hati siapa yang tahu........
Amir melepaskan satu keluhan.Satu keluhan yang panjang...Di saat ini,hatinya dilanda peperangan.Separuh hatinya kuat menyuruhnya meluahkan perasaannya,sementara yang satu lagi menyuruhnya jangan meluahkan kerana bimbang akan dikecewakan.......
Teringat Amir mengenai ayat Cinta yang dibacanya dari Blog Secangkir Tinta Seluas Pandangan.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya
Memang benar kata-kata anda,Kata hati Amir,sambil menutup Lampu biliknya............
Milik Siapakah Gadis ini,
Wajah Lembut Bagaikan Sutera,
Ingin hatinya aku Miliki,
Apakan Terdaya,
Adakah Terdaya.....
Milik Siapakah hati ini,
Bagai berkurun lama kesepian,
Ingin aku mencurahkan Kasih,
Kepada yang sudi,
Adakah ia Sudi.....
kesetiaan itu satu mainan-bahagian kedua
25 tahun yang lalu......................
Hospital Sultanah Aminah,Wad kelahiran bayi......
Di bilik wad kelahiran,terdapat pasangan suami isteri yang melihat anak mereka yang baru lahir disebalik cermin bilik.Si comel sedang lena tidur.Si suami meraba-raba cermin,seolah-olah mengusap si comel yang baru dilahirkan,manakala Si Isteri pula melentukkan kepala di bahu suaminya.
“Terima Kasih Izah kerana memberikan Abang hadiah yang amat bermakna ini,tiada apa yang mampu abang berikan untuk mengantikan pengorbanan Izah,”kata Suami.
“Izah tak minta apa-apa dari Abang,cukup Abang menyayangi Anak kita yang baru Lahir itu,Berikan dia kasih sayang yang tidak terlimpah bagi,diharap doktor dapat mencari hati yang baru untuk anak kita”jawab Isteri dengan sedih.
“Bertawakal Izah,kita mesti yakin anak kita akan selamat”balas suaminya sambil mengengam jari jemari isterinya itu.
Di satu bilik Wad yang lain,satu lagi cerita sedih telah pun melanda satu pasangan suami isteri.Si Isteri telah melahirkan pasangan Kembar tidak seiras semalam.Kedua-duanya perempuan.Akan tetapi,satu daripada pasangan kembar itu mengalami masalah dengan jantungnya.Doktor pakar tidak mampu untuk menyelamatkannya.Pasangan kembar itu hanya bergantung kepada Mesin Sokongan hayat sahajaNamun,bayi itu menderita kerana jantungnya semakin gagal untuk berfungsi.Doktor hanya mampu menyarankan supaya Mesin yang menyokong Bayi itu Dimatikan.Satu keputusan yang teramat sukar untuk diambil,Lebih-lebih lagi bagi Si Ibu.Ibu mana yang sanggup mengambil nyawa anak mereka,sedangkan betapa payahnya mengandungkan si Anak selama 9bulan.Kesedihan yang melanda pasangan ini cukup mengharukan semua yang berada di bilik itu.Pasangan kembar yang sihat itu,tiba-tiba menangis,seakan mengerti yang kembarnya akan meninggalkannya untuk selamanya.
“Sebelum saya mematikan mesin ini,saya ingin meminta maaf kerana tidak terdaya untuk membantu menyelamatkan nyawa anak anda,Sebagai Doktor saya sudah melakukan apa yang terdaya,”kata Doktor kepada pasangan suami isteri itu.
“ Saya Faham Doktor,”kata suami perlahan.Si Isteri tidak berhenti menangis sambil tangannya mengengam jari jemari si kecil itu.
“Maafkan saya sekiranya saya biadap atau tidak peka keatas kesedihan anda,tetapi seorang bayi lelaki yang baru lahir juga sedang bertarung dengan nyawanya di salah satu wad hospital ini. Bayi itu mengalami kerosakan pada hatinya.Kami tiada pilihan lain selain membuang hatinya serta mengantikannya dengan hati yang baru.Daripada maklumat yang saya terima,hati anak Anda serasi dengan bayi itu.Tolong fikirkan untuk menderma hati anak anda kepada bayi itu.”Kata doktor.
“Dermakan hati anak saya?,”soal Si Suami.
“Ya,”balas doktor.
Si suami merenung isterinya,kemudian memandang wajah anaknya.Dihampiri anaknya itu,dibelai wajahnya kemudian dikucup dahi anaknya.
“Jika kematian anak saya boleh memberi harapan kepada satu lagi nyawa,Saya rela Doktor.Jawab Si Suami lagi.
“Terima kasih,saya faham akan kesedihan yang ditanggung oleh anda,saya akan menyediakan bilik pembedahan sekarang juga,akan tetapi mesin ini harus dimatikan dahulu,siapa yang mahu mematikannya?Saya atau Anda?tanya Doktor sambil tangganya menunjuk kepada mesin sokongan hayat itu.
“Biar saya yang mematikannya doktor,sebagai Ibu,saya yang berhak mematikannya,”jawab Si Ibu.
Doktor menunjukkan butang kuasa pada mesin itu.Si ibu menganguk tanda mengerti.
Maafkan ibu nak,Ibu terpaksa berbuat begini,Ibu amat menyayangi kamu nak,semoga Allah meletakkanmu di sisi para ahli syurga,”kata Si Ibu,teresak-esak.Tangannya kemudian menutup suis kuasa pada mesin itu.Sebaik menutup suis kuasa itu,Si Ibu terus rebah pengsan tidak bermaya.Keadaan menjadi kelam kabut buat seketika.Doktor memeriksa Si Ibu,menyatakan yang si Ibu pengsan kerana menerima tamparan ini.Doktor kemudian meminta izin daripada si Suami untuk membawa jenazah anaknya ke wad pembedahan.Si Suami Cuma mengangguk,tanpa suara...
“Tahniah Encik,pembedahan pemindahan hati keatas hati anak Encik amat berjaya,sekarang bayi telah ditempatkan di wad kecemasan (ICU) untuk dipantau keadaannya.Sekiranya ada tanda-tanda pemulihan serta tubuhnya tidak menolak hati yang baru itu,saya akan memindahkan ia ke wad biasa,”Kata Doktor.
“Terima Kasih Doktor kerana menyelamatkan nyawa anak saya,boleh saya tahu pasangan mana yang berhati mulia ini kerana sudi mendermakan hati anak mereka kepada kami,saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka,”kata Suami girang.
“Maafkan saya,saya tidak boleh mendedahkan siapa mereka,percayalah saya akan menyampaikan ucapan terima kasih anda kepada mereka,Jawab Doktor.kenudian Doktor pun berlalu pergi.
Bermulalah bab baru bagi 2 nyawa,yang mana satu hari nanti Takdir akan menemukan mereka sekali lagi................
Subscribe to:
Comments (Atom)




