25 tahun yang lalu......................
Hospital Sultanah Aminah,Wad kelahiran bayi......
Di bilik wad kelahiran,terdapat pasangan suami isteri yang melihat anak mereka yang baru lahir disebalik cermin bilik.Si comel sedang lena tidur.Si suami meraba-raba cermin,seolah-olah mengusap si comel yang baru dilahirkan,manakala Si Isteri pula melentukkan kepala di bahu suaminya.
“Terima Kasih Izah kerana memberikan Abang hadiah yang amat bermakna ini,tiada apa yang mampu abang berikan untuk mengantikan pengorbanan Izah,”kata Suami.
“Izah tak minta apa-apa dari Abang,cukup Abang menyayangi Anak kita yang baru Lahir itu,Berikan dia kasih sayang yang tidak terlimpah bagi,diharap doktor dapat mencari hati yang baru untuk anak kita”jawab Isteri dengan sedih.
“Bertawakal Izah,kita mesti yakin anak kita akan selamat”balas suaminya sambil mengengam jari jemari isterinya itu.
Di satu bilik Wad yang lain,satu lagi cerita sedih telah pun melanda satu pasangan suami isteri.Si Isteri telah melahirkan pasangan Kembar tidak seiras semalam.Kedua-duanya perempuan.Akan tetapi,satu daripada pasangan kembar itu mengalami masalah dengan jantungnya.Doktor pakar tidak mampu untuk menyelamatkannya.Pasangan kembar itu hanya bergantung kepada Mesin Sokongan hayat sahajaNamun,bayi itu menderita kerana jantungnya semakin gagal untuk berfungsi.Doktor hanya mampu menyarankan supaya Mesin yang menyokong Bayi itu Dimatikan.Satu keputusan yang teramat sukar untuk diambil,Lebih-lebih lagi bagi Si Ibu.Ibu mana yang sanggup mengambil nyawa anak mereka,sedangkan betapa payahnya mengandungkan si Anak selama 9bulan.Kesedihan yang melanda pasangan ini cukup mengharukan semua yang berada di bilik itu.Pasangan kembar yang sihat itu,tiba-tiba menangis,seakan mengerti yang kembarnya akan meninggalkannya untuk selamanya.
“Sebelum saya mematikan mesin ini,saya ingin meminta maaf kerana tidak terdaya untuk membantu menyelamatkan nyawa anak anda,Sebagai Doktor saya sudah melakukan apa yang terdaya,”kata Doktor kepada pasangan suami isteri itu.
“ Saya Faham Doktor,”kata suami perlahan.Si Isteri tidak berhenti menangis sambil tangannya mengengam jari jemari si kecil itu.
“Maafkan saya sekiranya saya biadap atau tidak peka keatas kesedihan anda,tetapi seorang bayi lelaki yang baru lahir juga sedang bertarung dengan nyawanya di salah satu wad hospital ini. Bayi itu mengalami kerosakan pada hatinya.Kami tiada pilihan lain selain membuang hatinya serta mengantikannya dengan hati yang baru.Daripada maklumat yang saya terima,hati anak Anda serasi dengan bayi itu.Tolong fikirkan untuk menderma hati anak anda kepada bayi itu.”Kata doktor.
“Dermakan hati anak saya?,”soal Si Suami.
“Ya,”balas doktor.
Si suami merenung isterinya,kemudian memandang wajah anaknya.Dihampiri anaknya itu,dibelai wajahnya kemudian dikucup dahi anaknya.
“Jika kematian anak saya boleh memberi harapan kepada satu lagi nyawa,Saya rela Doktor.Jawab Si Suami lagi.
“Terima kasih,saya faham akan kesedihan yang ditanggung oleh anda,saya akan menyediakan bilik pembedahan sekarang juga,akan tetapi mesin ini harus dimatikan dahulu,siapa yang mahu mematikannya?Saya atau Anda?tanya Doktor sambil tangganya menunjuk kepada mesin sokongan hayat itu.
“Biar saya yang mematikannya doktor,sebagai Ibu,saya yang berhak mematikannya,”jawab Si Ibu.
Doktor menunjukkan butang kuasa pada mesin itu.Si ibu menganguk tanda mengerti.
Maafkan ibu nak,Ibu terpaksa berbuat begini,Ibu amat menyayangi kamu nak,semoga Allah meletakkanmu di sisi para ahli syurga,”kata Si Ibu,teresak-esak.Tangannya kemudian menutup suis kuasa pada mesin itu.Sebaik menutup suis kuasa itu,Si Ibu terus rebah pengsan tidak bermaya.Keadaan menjadi kelam kabut buat seketika.Doktor memeriksa Si Ibu,menyatakan yang si Ibu pengsan kerana menerima tamparan ini.Doktor kemudian meminta izin daripada si Suami untuk membawa jenazah anaknya ke wad pembedahan.Si Suami Cuma mengangguk,tanpa suara...
“Tahniah Encik,pembedahan pemindahan hati keatas hati anak Encik amat berjaya,sekarang bayi telah ditempatkan di wad kecemasan (ICU) untuk dipantau keadaannya.Sekiranya ada tanda-tanda pemulihan serta tubuhnya tidak menolak hati yang baru itu,saya akan memindahkan ia ke wad biasa,”Kata Doktor.
“Terima Kasih Doktor kerana menyelamatkan nyawa anak saya,boleh saya tahu pasangan mana yang berhati mulia ini kerana sudi mendermakan hati anak mereka kepada kami,saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka,”kata Suami girang.
“Maafkan saya,saya tidak boleh mendedahkan siapa mereka,percayalah saya akan menyampaikan ucapan terima kasih anda kepada mereka,Jawab Doktor.kenudian Doktor pun berlalu pergi.
Bermulalah bab baru bagi 2 nyawa,yang mana satu hari nanti Takdir akan menemukan mereka sekali lagi................