Kesetiaan itu satu mainan
Mendung hari ini di bandaraya Johor Bahru.Jalanraya sentiasa sesak dengan kenderaan yang bertali arus,masing-masing dengan destinasi serta tujuan tersendiri.Disatu sudut di perhentian bas jalan Tebrau,terdapat seorang lelaki yang sedang duduk menunggu bas.Lelaki itu bernama Amir.Amir ini bukanlah orang yang penting.baik orang kenamaan atau kerabat Diraja.Amir Cuma seorang biasa,yang berperawatakan sederhana.Tetapi dialah pelakon utama kita didalam cerita ini.
Biar saya ceritakan tentang kisah Amir.Amir membesar di dalam dunianya sendirinya.Ini kerana Amir adalah seorang OKU,yang cacat pendengaran.Walaupun cacat pendengaran,Amir dikurniakan satu Anugerah iaitu dia boleh membaca pemikiran orang lain.Maha besar Allah,setiap apa yang diambil,diganti dengan Anugerah yang lain.Dengan anugerah itu,hidup Amir tidaklah sesukar mana,Malah dia berjaya mendapat pekerjaan sebagai jurujual di salah satu pasaraya terkenal disini.Kerana kebolehannya membaca fikiran orang,Amir tahu apa yang diingini oleh pelanggannya,tanpa perlu pelanggannya menerangkan kehendak mereka.Sebab itulah Amir menjadi pekerja terbaik di tempat kerjanya.
Kisah bermula apabila satu hari,di tempat kerjanya,hadir seorang bidadari yang juga pekerja baru.Nama pekerja ini,Nurul Fatiha.Orangnya tidaklah secantik mana,tetapi ini Soal Hati.Saat kali pertama mereka bersua,Sesuatu yang pelik berlaku kepada Amir.Amir tidak dapat membaca fikiran bidadari ini.Hati Amir berdetak,fikirannya bingung memikirkan situasi itu.Tatakala diperkenalkan oleh rakan sekerja,Amir merasakan terdapatnya ikatan yang mendalam antara mereka,sesuatu yang samar-samar,tidak dapat dipastikan apakah itu.
Hari ini hari pertama Nurul Fatiha bermula.Awal-awal pagi,setelah bersolat subuh,Nurul Fatiha bersiap-siap untuk ke tempat kerja barunya.Nurul Fatiha baru saja tamat pengajian di sebuah pusat pengajian swasta didalam bidang undang-undang.Tidak mahu membuang masanya serta membebankan ibu bapanya,Dia mencari kerja sementara menunggu majlis konvokesyen.Nasibnya agak baik kerana saudara perempuannya,Marlia bekerja disebuah pasar raya.Melalui bantuan Marlia,dia berjaya mendapat pekerjaan pertamanya disitu.Setelah bersarapan bersama keluarganya,Ayahnya menghantarnya ke tempat kerjanya.
Nurul Fatiha menunggu kehadiran HR pasaraya itu untuk mengesahkan jawatanya.Sementara menunggu,hatinya sedikit berdebar,bimbang.Bagaimana dengan rakan sekerja barunya,baikkah mereka,bos barunya?Bagaimana jika dia berdepan dengan pelanggan yang kerenah mereka amat cerewet,mampukah dia menangani masalah itu?Akan mendapat Warning Letter kah sekiranya dia tidak mampu mengatasi masalah itu? Fikirannya sedikit berkecamuk.Sedang menunggu,kedengaran derap sepatu semakin menghampiri.Kelihatan 3 orang pekerja lelaki sedang menuju ke arahnya.2 daripadanya rancak berbual manakala seorang laki hanya mendiamkan diri,seolah-olah tidak berminat untuk turut serta dalam perbualan itu.
Wajah lelaki yang mendiamkan diri itu mengingatkan Nurul Fatiha kepada seseorang,yang mana dirinya tidak dapat mengenal siapa orangnya itu.Fikirannya yang berkecamuk,tiba-tiba hilang begitu saja kerana datang satu ketenangan.Ya,satu ketenangan yang luar biasa,hanya dengan memandang lelaki itu.Tatakala lelaki itu bersama kawannya melintasinya,satu panggilan dari pembantu HR menyuruhnya masuk ke pejabat.Nurul Fatiha melangkah masuk ke pejabat.Diketuk pintu tanda meminta izin.Tidak lama kemudian,terdengar suara mengizinkannya masuk.Di dalamnya terdapat seorang wanita melayu separuh umur,berbadan gempal,serta berkaca mata sedang sibuk menaip sesuatu di komputernya.Nurul Fatiha menghampiri wanita itu.Diperkenalkankan dirinya,menghulurkan tangan untuk berjabat salam,serta meminta keizinan untuk duduk
“Nama awak Nurul Fatiha”?,tanya HR.”Ya”,jawab Nurul Fatiha.
“Sebelum ini ada pengalaman kerja di Pasar Raya?”,tanya HR lagi.”Tiada puan”,balas Nurul Fatiha.
HR kemudiannya mengangkat telifon didepannya,menaip sambungan nombor,kemudian memangil seseorang supaya datang ke Pejabat.Tidak lama kemudian,masuk seorang wanita ke dalam pejabat itu.HR memperkenalkan wanita itu kepada Nurul Fatiha.
Hari demi hari berlalu.Begitu pantas masa berlalu,sedar-sedar sudah 3 bulan Nurul Fatiha bekerja disitu.Sepanjang bekerja disitu,ramai kawan baru telah diperolehinya.Antaranya Amir,lelaki yang mendiamkan diri itu.Barulah Nurul Fatiha faham mengapa Amir mendiamkan diri ketika rakan-rakannya berbual,rupanya Amir serba kekurangan.Nurul Fatiha selalu memerhatikan Amir secara senyap-senyap,entah mengapa dia berbuat demikian tidak diketahui.Seakan ada penghubung antara dirinya serta Amir.Walaupun rakan sekerja,masih belum pernah Nurul Fatiha berkesempatan untuk berbual dengan Amir.Diketahui dari rakan-rakan akan sikap Amir yang lebih suka membawa diri sendiri.Walaupun begitu,Amir disukai kerana sikapnya yang ringan tulang serta sering mengambil kebajikan rakan-rakan yang didalam kesusahan.
Amir baru saja masuk kerja syif petang hari itu.Dimulakan tugasnya seperti biasa,mengelap cermin pameran,kemudian mengemaskini stok lama serta baru.Semasa sibuk mengemas,sempat dirinya mencuri pandang Nurul Fatiha.Kelihatan Nurul Fatiha sedang sibuk melipat pakaian wanita.Apabila menyedari Nurul Fatiha seakan mengesyaki dirinya menjadi perhatian,segera Amir mengalihkan perhatian.Dibuat-buatnya sibuk.Begitulah yang berlaku,Hari demi hari,si teruna dan si Dara memerhatikan satu sama lain secara senyap,tanpa menyedari yang mereka sebenarnya sedang memerhatikan satu sama lain.Macamana agaknya kita nak membantu supaya merpati ini memulakan perkenalan serta meluahkan isi hati masing-masing?.................
- Ketuk saja kepala mereka berdua,biar mereka sedar yang masing-masing menaruh perasaan satu sama lain
- Pasang posmen.bagi surat cinta heheheh (ingat ni zaman sekolah dulu-dulu ker)
- Pandang tepat mata sigadis,pegang tangannya,ucapkanlah I love you(melampau betul,berkenalan pon belum)
- Fikiran korang macamana????????


No comments:
Post a Comment